SCHOOL BROADBAND

Projek School Broadband

 1.    Projek School Broadband melibatkan penyediaan capaian Internet jalur    lebar untuk sekolah di seluruh negara.

 2.    Prasarana School Broadband adalah bertujuan menggantikan Projek SchoolNet yang telahpun tamat kontraknya pada penghujung tahun 2010..


Mengapa School Broadband diwujudkan ?

1.     Menyediakan infrastruktur komunikasi bagi melaksanakan program sekolah bestari di semua sekolah-sekolah di Malaysia.

2.     Merapatkan jurang digital di antara pelajar-pelajar sekolah di bandar dan luar bandar.

3.     Memoden dan mempertingkat keberkesanan sistem pendidikan negara.

        4.     Mewujudkan suasana pendidikan interaktif.

 Wawasan School Broadband

1.     Mewujudkan masyarakat berilmu bagi merealisasikan k-ekonomi.

2.      Mewujudkan masyarakat yang celik IT.

        3.      Membentuk tenaga kerja mahir sejajar dengan matlamat Wawasan 2020.




 

PERATURAN MAKMAL KOMPUTER

  1. Peraturan makmal diwujudkan untuk:

1.1 Memaksimunkan penggunaan.

1.2 Meminimunkan risiko penyelewengan dan kerosakan.

1.3 Mewujudkan suasana yang selamat dan selesa.

1.4 Panduan untuk penggunaan ramai.

  1. Berikut adalah beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna makmal komputer:
  • Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam makmal
  • Dilarang membawa sebarang cakera perisian luar ke dalam makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.
  •  Disket dari luar boleh dibawa masuk tetapi hendaklah diimbas terlebih dahulu.
  • Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.
  •  Pelajar dilarang melaraskan pendingin hawa.
  •  Tidak dibenarkan memakai kasut di dalam makmal.
  •  Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa guru pengawas.
  • Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik atau mengubah sebarang sambungan wayar pada komputer.
  • Jika terdapat sebarang bunyi ganjil, bau benda terbakar, bahagian komputer terlalu panas atau sebarang yang disyaki tidak normal,laporkan dengan segera kepada guru yang bertugas. 
  • Padamkan mana-mana suis yang perlu.
  •  Laporkan sebarang kerosakan perkakasan atau perisian kepada guru yang bertugas.
  •  Tidak dibenarkan membawa liquid paper.
  • Dilarang membuat bising di dalam makmal.
  • Dilarang mencetak, mengedar dan menampal bahan yang mengandungi  unsur lucah, menghina atau memfitnah pihak tertentu.
  • Dilarang mengubah sebarang setting dalam komputer.
  • Dilarang mengubah dan menambah perisian dan perkakasan.
  • Semua hasil kerja hendaklah disimpan dalam disket dan tidak boleh disimpan dalam cakera keras.
  • Peralatan seperti LCD dan pencetak hanya boleh dikendalikan oleh guru.
  • Guru yang bertanggungjawab membawa pelajar atau kelas ke makmal hendaklah merekod penggunaannya dalam buku log makmal.
  • Pengguna hendaklah merekod penggunaan komputer dalam buku  log komputer.
  • Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Makmal komputer.

 

ETIKA  PENGGUNAAN INTERNET

Penggunaan Internet perlu mengambil maklum bahawa adalah menjadi kesalahan untuk:

  1. Menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, memfitnah atau menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia atau luar negara.

  2. Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan di dalam dan di luar negara serta perlanggaran undang-undang Malaysia dan antarabangsa.

  3. Menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau masyarakat secara keseluruhannya.

  4. Menggalak, membangun atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, skim pyramid dan surat berantai dan lain-lain aktiviti yang dilarang oleh Perlembagaan Malaysia.

  5. E-mel

  • Menghantar iklan yang tidak dikehendaki   (unsolicited advertisement/ spam ) atau sebarang bentuk amalan perdagangan yang mengelirukan ( deceptive marketing).
  • Melakukan pengeboman e-mel ( mail bombing), iaitu secara sengaja membenjiri e-mel seseorang dengan menghantar e-mel yang sama atau bersaiz besar.
  • Menghantar mesej yang sama atau serupa kepada banyak kumpulan berita ( newsgroup ). Perbuatan ini juga dikenali sebagai newsgroup spam.
  • Memalsukan e-mel ( forged header ) bagi tujuan mengelirukan penerima.
  • Melakukan aktiviti haram seperti mengambil, menyimpan dan mengedar harta intelek, paten, rahsia perdagangan atau bahan yang dilindungi hak ciptanya atau bahan yang salah di sisi undang-undang negara dan antarabangsa.
  • Menceroboh ( hacking ) sistem pengguna individu, kumpulan atau organisasi yang lain. Perbuatan berikut dianggap sebagai pencerohohan:
  • Memasuki secara haram atau menyebabkan kesulitan kepada komputer atau rangkaian komputer milik orang lain.
  • Menghalang identity pengesahan pengguna atau cirri-ciri keselamatan mana-mana komputer atau rangkaian milik orang lain.
  • Menyebabkan gangguan perkhidmatan kepada komputer host ( to crash the host ).
  • Memberi maklumat yang salah dan tidak benar pada sebarang borang, kontrak atau permohonan atas talian, termasuk memalsukan nombor kad kredit.
  • Melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian ( network monitoring ) bagi mencuri atau memintas data yang bukan ditujukan kepadanya.

 
 
Make a Free Website with Yola.